Soal Jawab

Anda bertanya saya cuba jawab
     

Q : Sebenarnya banyak sangatkah emas ada kat atas dunia nih ?
A : Jangan terperanjat...banyaaaakk sangat tau...hehehehe secara praktikalnya emas ini akan terus menerus wujud selama lamanya kerana ia tidak akan rosak, karat atau musnah. Tidak mustahil syiling emas yg anda pegang skerang mungkin milik firaun ataupun berasal dari Kuil Inca. Laa ni pun banyak lagi aktiviti mencarigali emas dilakukan. Dijangkakan sejumlah 161,000 ton emas wujud di atas mukabumi ini bersamaan dengan panjangnya sebesar 18 meter segiempat yg boleh memuatkan 60 traktor jika emas emas ini dileburkan. Bayangkan harga sekarang adalah $1400/oz, nilai emas dunia mencecah $7 trillion 

Q : Negara mana yang paling banyak mengeluarkan emas ?
A : Sebelum ini Afrika selatan lah tempat yang paling banyak mengeluarkan emas. Namun, laa ni tempat ini dipegang oleh negara China yang mampu mengeluarkan emas sebanyak 280.5 ton pada tahun 2008 diikuti oleh Afrika Selatan sebnayk 269.9 ton seterusnya Australia sebanyak 246.3 ton.

Q : Negara apakah yang paling banyak menggunakan emas ?
A : India. Mereka "menggunakan" sebanyak 555.1 ton emas pada tahun 2007. "Menggunakan" bermaksud permintaan dan bukannya guna emas itu...hehehehe...

Q : Apakah kegunaan emas sebenarnya ?
A : Melihat kepada permintaan semasa, 69% emas digunakan dalam pembuatan barang kemas, 19% dalam bentuk pelaburan dan 12% dalam sektor industri.

Q : Apakah maksud "troy ounce" ?
A : Ia adalah unit ukuran bagi emas di mana ia berbeza dengan "avoirdupois ounce" yang biasa digunapakai dalam kehidupan seharian. Sebetulnya "troy ounce" adalah 10 peratus lebih berat dari "avoirdupois ounce" (lebih tepat 1.097 ounce). 1 troy ounce bersamaan dengan 31.1grams atau 480 butiran (grains). Perkataan troy itu berasal dari suatu tempat yang terkenal dengan aktiviti jual beli logam berharga di Campaign, Perancis sewaktu zaman pertengahan (Middle Ages).

Q : Boleh kah emas cair macam mentega ?
A : Boleh tapi pada suhu 1064.43 Degree C

Q : Berapakah nilai "Specific Gravity" atau ketumpatan emas ?
A : Emas adalah 19.3 lebih berat dari air.

Q : Apakah maksud "KARAT" dalam emas ?
A : Karat adalah istilah untuk menggambarkan nisbah jumlah emas dalam logam emas tersebut. Contohnya logam emas asli adalah 24 karat. Nilai karat yang semakin rendah menunjukkan komposisi emas rendah  berbanding dengan logam logam aloi yang lain. Jika barang kemas puan kata lah 18 karat...ini bermakna, kandungan emas pada barang kemas tersebut adalah 18karat / 24karat bersamaan 75% emas. Jadi kita boleh tahu baki 25% dari barang kemas tersebut terdiri daripada komponen logam logam lain seperti perak, gangsa, zink ataupun palladium. Tujuan utama campuran emas dengan logam logam lain dibuat adalah untuk menguatkan struktur aloy tersebut kerana emas asli adalah sangat lembut.


Q : Apa mende Emas Putih sebenarnya ?
A : Emas putih adalah 18 karat di  mana 75% terdiri daripada unsur emas dan baki 25% adalah dari bahan logam yang lain. Ia berwarna putih kerana diselaputi oleh unsur Rhodium iaitu logam dari kumpulan platinum.


Q : Orang dok cerita pasal Bullion. Apa sebenarnya Bullion ini ?
A : Bullion didefinisikan sebagai logam berharga yang telah diperhalusi dan di"stamp"kan beratnya. Jadi Jongkong dan syiling emas adalah Bullion.


Q : Perasan tak nilai premium untuk Bullion yang lebih kecil agak tinggi berbanding dengan bullio bersaiz besar. Kenapa ek ?
A : Sebenarnya pembuatan bullion yang bernilai kecil atau besar adalah sama. Namun kos pembuatan bagi bullion yang besar boleh dikurangkan berband9ing dengan kos pembuatan bullion yang kecil.