Tuesday, December 14, 2010

Emas sebagai kuasa membeli yang mampan (Purchasing Power)

Walaupun ekonomi semasa masih dalam kancah kacau bilau, kebanyakkan para pelabur masih enggan bertindak ataupun gagal merenung perlunya untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka terutamanya dalam hal pelaburan emas dan perak, Ini disebabkan ramai yang masih ragu ragu kebenaran emas dan perak mampu melindungi kekayaan dan juga mampan dalam memelihara modal. Generasi dahulu masih berfikir dengan cara melabur di dalam pasaran saham lebih bagus dalam memberi keuntungan untuk jangkamasa panjang dengan modal yang terjamin. Saya sangat2 harap apa yang depa fikir mereka nih benar tapi kita perlu melihat sejarah dan ambil iktibar, baru la kita semakin matang dalam membuat sesuatu keputusan. Sememangnya berdasarkan kepada fakta dan sejarah, sebelum kita melangkah ke abad ke 21, pasaran saham boleh dikatakan lubuk duit kerana sering memberikan pulangan yang positif. Namun sejak ekonomi krisis 1997 dan seterusnya melangkahnya ke abad 21 sehingga lah sekarang, pulangan dari pelaburan pasaran saham hampir kosong tarak untung, rugi ada laa… Ini jelas menunjukkan bahawa asas pasaran dunia telah berubah dan masa juga telah berubah dengan sangat pantas.

Begitu juga dengan wang fiat sekarang ni, tahukah korang 1 dolar USA pada tahun 1913 jika dibandingkan dengan zaman sekarang ni hanya bernilai 1 sen ? Ini jelas menunjukkan matawang dolar Amerika kehilangan 99% kuasa membeli mereka. Cuba kita bandingkan pula dengan emas dan perak. Bayangkan dengan 1 dinnar di zaman Rasulullah boleh membeli  seekor kambing, adakah 1 dinar sekarang juga boleh membeli seekor kambing. Jawapannya YA… Maknanya nilai emas sejak 1432 tahun dahulu masih relevan dan kuasa membeli terpelihara. Nampak ? Harap korang nampak bagaimana Emas dan Perak mampu melindungi modal dan kekayaan hangpa semua.

Sekian…


No comments:

Post a Comment