Saya boleh berikan 1001 sebab namun alasan terbaik adalah kerana melihatkan perkembangan ekonomi dan apa yang berlaku di arena antarabangsa. Ketidakpastian merupakan satu keadaan yang tidak bagus dan harapan bukanlah satu aset yang boleh dipercayai 100%. Kita sentiasa dimomokkan dengan cerita cerita bahawa keadaan ekonomi negara sudah pulih, kadar pertumbuhan negara atau KDNK mencapai pertumbuhan 6% bla bla bla... tetapi dalam kehidupan realiti sebenarnya lain pulak cerite. Lihat sahaja lah barang2 keperluan asas semakin hari semakin naik, kos hidup meningkat lantaran kenaikan harga minyak, Ramai peniaga gulung tikar, harga stock market merudum jatuh dan tahap inflasi yang semakin mencanak. Apa yang berlaku sebenarnya ?
Saya masih teringat ketika saya mula kan hidup kerjaya saya pada tahun 1999. Di waktu itu masih lagi di tahap baikpulih setelah kemelesetan ekonomi 1997. Tak silap saya akibat penyangak matawang George Soros....Selepas itu, ramai rakan rakan berlumba lumba beli real estate / property. Waktu itu Kawasan Puchong tengah hot. Lepas itu ekonomi negara down balik pada tahun 2008 dan menjejaskan pulak real estate, stock market and syarikat korporat.

Nampaknya, tiada apa yang mampu menangkis apa jua yang berlaku di dunia kecuali Emas dan Perak. Tika ekonomi merudum, harga emas melonjak naik, Mengapa fenomena ini terjadi ? Pelabur ini sebenarnya lebih tertarik kepada logam logam berharga seperti emas dan perak kerana mereka ini percaya bahawa nilainya adalah hakiki (Intrinsic value). Tak seperti wang Fiat yang boleh dicetat ikut suka hati depa aja. Jika dilihat dari sudut sejarah, Emas ini jika dipertimbangkan dengan kadar inflasi, ia adalah kalis kepada inflasi. Nilainya pula masih lagi undervalue dan pastinya harga Emas dan perak akan meningkat lantaran permintaan dari individu dan institusi yang cuba melindungi kekayaan mereka di dalam situasi ekonomi yang tidak keruan.
Lihat saja lah Negara China dan India, mereka sudah mula mengorak langkah mempertahankan dan melindungi kepentingan ekonomi mereka dengan meningkatkan permintaan terhadap Emas dan Perak nih kerana mereka tahu, sumber Emas dan Perak semakin berkurangan akibat aktiviti perlombongan yang terlampau dan ketidak seimbangan dengan kadar permintaan yang semakin menggila yang pastinya menyebabkan tekanan terhadap harga Emas dan Perak nih.
Sekian...
No comments:
Post a Comment