Sunday, March 6, 2011

Emas dan Perak dari Perspektif Al-Quran dan Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum.

Izinkan saya berkongsi sekelumit ilmu. Menerusi pembacaan saya, apa yang saya faham ISLAM mengiktiraf matawang yang merupakan sesuatu yang mempunyai nilai hakiki terhadap barang itu sendiri dan bukannya sesuatu yang dinilai dari faktor luaran seperti wang fiat. Berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim :

Abī Sa’īd al-Khudri reported Allah’s Messenger as saying: “Gold for gold, silver for silver, wheat for wheat, barley for barley, dates for dates, and salt for salt. (When a transaction is) like for like, payment being made on the spot, then if anyone gives more or asks for more, he has dealt in Ribā, the receiver and the giver being equally guilty.” (Sahīh, Muslim)

Hadis ini jelas menyatakan bahawa wang yang diiktiraf oleh ISLAM adalah sesuatu yang mempunyai nilai hakiki ke atas barangan tersebut seperti logam berharga (Emas dan Perak) atau pun komoditi yang digunakan dalam makanan seharian seperti gandum, barli, kurma dan garam. Namun begitu, komoditi makanan jarang digunakan sebagai matawang disebabkan ia mempunyai had luput tarikh. Namun komoditi makanan ini tak mustahil digunakan sebagai matawang sekira berlakunya kekurangan matawang dinar dan dirham pada ketika itu.

Salah satu nama Allah adalah Al-Razak bermakna Maha Kaya. Allah jua pencipta kekayaan dan Allah rakamkan di dalam Al-Quran tentang Emas dan Perak sebagai matawang. 

Rujuk Surah ke-3 iaitu Al-Imran, ayat 75 tentang matawang Dinar :-

Rujuk Surah ke-12 iaitu surah Yusuf, ayat 20 tentang matawang Dirham :-

Kedua dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah SWT merujuk matawang dalam bentuk Dinar dan Driham dan kedua dua jenis matawang ini mempunyai nilai hakiki (Intrinsic value) dan Allah jua Maha Kaya dan mengiktiraf Dinar dan Dirham sebagai matawang yang sah.

Terdapat juga ayat ayat Al-Quran yang lain menjelaskan peranan Emas dan Perak sebagai matawang dan juga simbol kekayaan.

Rujuk Surah ke-3, Al-Imran, ayat ke-14.

Rujuk Surah ke-3, Al-Imran, ayat ke-91.

Rujuk Surah ke-9, Al-Taubah, ayat ke-34.

Rujuk Surah ke-43, Zukhruf, ayat ke-33.

Rujuk Surah ke-43, Zukhruf, ayat ke-53.

Rujuk Surah ke-43, Zukhruf, ayat ke-71.

Rujuk Surah ke-4, Al-Nisa, ayat ke-20

Rujuk Surah ke-76, Al-Insan, ayat ke-21.


Al-Quran menjelaskan berita luar biasa di mana Nilai hakiki Emas dan Perak akan kekal bukan sahaja di alam dunia yang fana malahan berkekalan sehingga ke alam akhirat yang kekal. Sangat jelas bahawa Emas dan Perak mempunyai nilai realiti dari aspek keagamaan selain simbol kekayaan di dunia yang fana ini.

Rujuk Surah ke-35, Al-Fatir, ayat ke-33.

Rujuk Surah ke-22, Al-Hajj, ayat ke-23.

Rujuk Surah ke-18, Al-Kahf, ayat ke-31.

Rujuk Surah ke-17, Zukhruf, ayat ke-93.

Sebetulnya, Dinar emas ditakdirkan oleh Allah memainkan peranan yang amat penting ketika Hari Pembalasan kelak. Berdasarkan hadis Rasulullah yang agak panjang berkenaan ketika ditimbang amal kebaikan di hati seseorang, seseorang itu juga diadili tentang kekayaannya yang ternyata dapat menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.

Rujuk Hadis Rasulullah ini :-

Abū Sa'īd al-Khudri reported: When the Day of Resurrection comes a Mu'adhdhin (a proclaimer) would proclaim: “Let every people follow what they used to worship . . . .” Then their persons would be forbidden to the Fire; and they would take out a large number of people who had been overtaken by Fire up to the middle of the shank or up to the knees. They would then say: “O our Lord not one of those about whom Thou didst give us command remains in it (in Jahannam)”. He will then say: “Go back and bring out (from the hell-fire) those in whose hearts you find good of the weight of a Dinār.” Then they will take out a large number of people. Then they would say: “O our Lord! We have not left anyone about whom You commanded us.” He will then say: “Go back and bring out those in whose hearts you find as much as half a Dinār of good.” Then they will take out a large number of people, and would say: “O our Lord! not one of those about whom Thou commanded us we have left in it.” Then He would say: “Go back and in whose heart you find good to the weight of a particle bring him out.” They would bring out a large number of people, and would then say: “O our Lord, now we have not left anyone in it (Hell) having any good in him . . . .” (Sahīh, Muslim)

Sangat jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan Emas dan Perak ciptaan Allah SWT mempunyai nilai yang hebat disisi-Nya dan nilainya bukan sahaja di duniawi semata mata malahan hakiki hingga ke alam akhirat.

Wahai sahabatku sekalian. Matawang yang mempunyai nilai hakiki sebegini hampir  pupus dan jarang digunakan lagi di dunia ini. Sedarlah bahawa seluruh umat islam akan berdosa sekiranya meninggalkan matawang yang telah diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Kaya. Bangkitlah saudara saudaraku... sesungguhnya Nabi pernah bersabda :-

Abū Sa’īd al-Khudri said: I heard the Messenger of Allah say: "Whosoever of you sees (anything that is) evil, let him change it with his hand; and if he is not able to do so, then with his tongue; and if he is not able to do so, then with his heart; and that is the weakest (state of) faith." (Sahīh, Muslim)

Marilah kita sama sama memperjuangkan sunnah matawang iaitu Dinar (Emas) dan Dirham (Perak). Semoga kita semua beroleh keampunan dan rahmat Allah hendaknya.

Sekian, Jazakallahu Khairr....

No comments:

Post a Comment