Sunday, April 24, 2011

KENAPA EMAS BERBANDING MATAWANG LAIN ?


Pujangga bernama JP Morgan pernah berkata Emas adalah wang, tiada yang lain setaranya. Saya tertanya tanya satu madah yang mudah namun tersirat seribu satu makna. Mari kita sama sama dalami maksud JP Morgan ini dengan mendefinisikan apa itu wang.

Secara khususnya wang seharusnya memiliki 3 fungsi utama iaitu :-

  • Sebagai Alat Tukar (Medium of Exchange)
  • Sebagai Satu Akaun dan Pembukuan (Unit of Account)
  • Sebagai Unit Penyimpanan Nilai (Store of Value).

Persoalannya sekarang adaklah wang yang kita gunakan selama ini memiliki ketiga tiga fungsi di atas ?

Fungsi sebagai Alat Tukar (Medium of Exchange), jawabannya YA.
Secara de facto dan de jure, Wang Kertas yang kita gunakan sehari hari sememangnya alat tukar yang sah.

Fungsi sebagai Satuan Pembukuan (Unit of Account), jawabannya masih YA walaupun ini masih harus dipersoalkan karena salah satu prinsip Akaun dan Pembukuan adalah konsistensi, sementara nilai wang Kertas tidak pernah konsisten.

Fungsi sebagai Unit Penyimpanan Nilai (Store of Value), Sudah pasti jawapannya TIDAK. Setiap saat secara perlahan dan PASTI nilai wang Kertas Anda di “rompak” oleh penjenayah halimunan yang tidak mungkin ditangkap Poliskerana penjenayah tersebut adalah INFLASI. Coba perhatikan fakta berikut ini: Agustus 2008 USD 1 = RM3.80 ketika zaman gawat 1999 dimana Malaysia telah membuat tambatan nilai US Dolar terhadap Ringgit Malaysia. Sekarang pada April 2011 USD 1 bersamaan dengan RM3.08 sahaja. Jika anda menyimpan wang US Dolar pada tahun 1999 ternyata nilai matawang tersebut menyusut sehingga 19% pada 2011.

Oleh yang demikian, wang yang sebenarnya mestilah kalis inflasi agar nilainya tidak menyusut serta mempunyai nilai intrinsik terhadap wang itu sendiri daripada bersandarkan kepada “harapan” dunia semata mata seperti US DOlar atau mana mana wang kertas sekalipun.

Izinkan saya mengutip sebuah kisah dari Hadist Riwayat Bukhari: Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan pada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan pada kami, ia berkata: ‘Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahwa Nabi saw memberikan wang satu Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau. Lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu Dinar. Ia pulang membawa satu Dinar dan seekor Kambing. Nabi saw mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli debupun, ia pasti beruntung.’ (HR Bukhari).

Dari hadist tersebut dapat disimpulkan bahwa pada zaman Nabi Muhammad SAW harga pasaran Kambing yang wajar adalah Satu Dinar. Kesimpulan ini diambil dari fakta bahwa Rasulullah saw adalah orang yang sangat adil, tentu beliau tidak akan meminta ‘Urwah membeli Kambing dengan uang yang kurang atau berlebih. Walaupun ‘Urwah dapat membeli dua ekor kambing dengan wang satu Dinar, ini disebabkan kepandaian ‘Urwah dalam berdagang, sehingga dalam hadist tersebut ia didoakan khusus oleh Rasulullah saw. Tapi kemudian terbukti ‘Urwah pun menjual salah satu kambing tersebut dengan harga satu Dinar.

Pelik dan luarbiasa!! Selama lebih dari 14 abad, nilai emas tidak berubah kerana dengan 1 dinar kita mampu membeli seekor kambing juga!! Emas mampu menjaga nilai asset kita kerana Emas mempunyai sifat kalis inflamsi (Zero Inflation).

Suka saya ingatkan di saat ini harga emas sekarang mencanak… adakah benar harga emas itu sendiri meningkat ? Jawapannya SALAH. Bukan harga emas yang naik tetapi nilai matawang yang jatuh.

Setuju tak kalau saya kata pelaburan emas tiada risiko padahal harga emas boleh turun ? Jawapannya memang tiada risiko (bukan dari perspektif pedagang emas) walaupun harga emas menurun kerana :-
  1. Tiada Risiko. Anda memegang emas yang mempunyai nilai hakiki dan ia akan berguna sekiranya hyper-inflasi atau krisis ekonomi berlaku, tiada matawang yang mampu menyelamatkan anda kecuali emas dan perak.
  2. Konsistensi Daya Beli. Katakanlah harga Emas turun dari US$ 1.000/oz menjadi US$ 500/oz, pastilah harga komiditi yang lain seperti gandum, minyak, dsb juga ikut turun. Statistik berabadabad (dalam Islam sudah terbukti lebih dari 14 abad) menunjukkan adanya korelasi yang nyata antara harga Emas dengan harga komoditi-komoditi yang diperlukan manusia. Jadi seandainya harga Emas turun, Anda juga tidak mengalami penurunan dalam kekayaan Anda, karena Anda akan tetap dapat membeli barang-barang sama banyaknya seperti ketika harga Emas sebelum turun. Makanya Emas disebut Kalis Inflasi atau ZERO INFLATION.
  3. Tidak Tergantung Pada Keputusan Pemerintah. Beza dengan wang Kertas yang nilainya bergantung pada keputusan pemerintah dan birokrat masing-masing negara, Emas nilainya sama sekali tidak bergantung mereka. Dengan memegang Emas, Anda tidak perlu gusar tentang perubahan polisi atau keputusan Pemerintah.
  4. Asset Yang Berada Di Luar Sistem Perbankan. Dengan Emas Anda berkesempatan untuk memiliki aset yang di luar pengaruh sistem perbankan sama sekali. Kita tahu bahwa perbankan di seluruh dunia tanpa terkecuali negara maju sekalipun selalu dihantui krisis dari waktu ke waktu. Dengan Emas Anda akan terbebas dari pusaran krisis perbankan yang tiba tiba berlaku tanpa diduga.

Selain itu, kelebihan menyimpan emas berbanding wang kertas adalah :-
  1. Perlindungan Nilai Asset. Bila kadar Inflasi tinggi, harga Emas akan naik lebih tinggi. Semakin tinggi Inflasi, semakin tinggi kenaikan harga Emas. Jika nilai Dollar jatuh, harga Emas juga akan naik.
  2. Tabungan Paling Berkesan. Karena harga Emas berkembang menurut kenaikan Inflasi, maka Emas amat sesuai digunapakai sebagai tabungan kerana ia kalis inflasi dan nilainya tidak menyusut dimakan inflasi. Sekiranya anda menabung untuk pergi haji, nak kawin, nak beli rumah atau pun untuk pendidikan anak anak, emas adalah jawapannya.
  3. Kecairan (Liquidity). Emas mudah untuk dibeli dan dijual dimana saja. Emas dapat dibeli di Malaysia dan kemudian dijual di tempat lain dimanapun di dunia pasti diterima.

No comments:

Post a Comment