Sunday, April 24, 2011

Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas Dunia

Berdasarkan pemerhatian saya, faktor faktor yang mempengaruhi harga emas adalah seperti berikut :-

  1. Ketidak tentuan ekonomi semasa dunia yang mengakibatkan kadar inflasi mencanak menyebabkan para pelabur akan mencari alternatif bagi menyelamatkan wang mereka iaitu dengan membeli emas. Maka jika permintaan emas meningkat, sudah pasti harga emas mencanak.

  1. Panik. Tatkala dunia diancam kemelesetan ekonomi, pelabur dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap matawang kerana inflasi.  Mereka memilih emas menyebabkan harga emas meningkat akibat permintaan melebihi penawaran.

  1. Jika harga minyak meningkat, secara amnya harga emas juga akan seiringan dan meningkat (Pada kebiasaannya. Sebabnya masih saya tak tahu).

  1. Permintaan Emas. Kenaikan permintaan Emas dunia tidak diimbangi dengan kenaikan pengeluaran emas (kerana ianya adalah terhad) menyebabkan harganya terus meningkat. Cina dan India merupakan dua negara yang paling banyak menggunakan Emas.

  1. Situasi Politik Dunia. Kenaikan harga emas pada akhir tahun 2002 dan awal tahun 2003 terjadi sebagai impak dari serangan ke atas Iraq oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Apa yang berlaku, ramai pelabur akan mengambil jalan selamat dengan menarik keluar wang pelaburan mereka dan mendapatkan emas sebagai simpanan sehingga lah keadaan dunia reda.

No comments:

Post a Comment