Sunday, May 1, 2011

Kisah Harga Emas dan Perak


Di saat saya menulis artikel ini, harga emas sedang berada di kemuncak  iaitu US$1565.70/oz setelah melepasi  paras US$1500/oz minggu lepas. Terdetik di hati saya apakah faktor  faktor yang menyebabkan turun naik harga emas dunia. Mengikut adat dan  kebiasaannya, harga  komoditi  dan  barangan adalah berasaskan konsep Supply  and  Demand  (Permintaan  dan penawaran). Adakah emas juga bersifat sedemikian ?


Sebelum itu, izinkan saya untuk menjelaskan bahawa peranan wang US Dolar ini sangat besar di dunia kerana tatkala ini hampir semua matawang dunia terikat atau disandarkan kepada matawang US Dolar malahan hampir semua komoditi dunia juga didagangkan dalam matawang US Dolar. Secara faktanya, matawang US Dolar bukan disandarkan kepada nilai emas semata mata tetapi disandarkan kepada harapan dunia terhadap Amerika.

Jadi, apa yang berlaku sekiranya nilai US Dolar semakin meningkat, maka kuasa membeli  (Purchasing  Power) adalah  menjadi semakin besar  di mana hanya sedikit  kuantiti  US  Dolar diperlukan untuk membeli apa jua komoditi yang dinilaikan pada matawang US Dolar. Begitu juga sebaliknya, jika matawang US Dolar  jatuh  bermakna  kita  memerlukan  jumlah kuantiti US Dolar yang lebih banyak untuk membeli komoditi pada kuantiti yang sama. Saya harap anda jelas tentang konsep ini.

Berbalik kepada persoalan asas, apakah yang mempengaruhi harga emas sebenarnya. Saya percaya ianya juga berasaskan konsep  Supply  and  Demand  (Permintaan  dan  Penawaran) di mana apabila berlakunya  kemerosotan  ekonomi di Amerika dan Eropah, matawang  utama dunia juga akan terjejas. Ini akan menyebabkan para pelabur akan cuba melindungi kepentingan mereka dengan membeli emas kerana semua orang tahu Emas dan Perak adalah satu komoditi yang Kali inflasi (Zero Inflation). Keadaan di mana para pelabur menarik modal mereka dan membeli emas dan perak secara panik menyebabkan harga emas dan perak meningkat kerana permintaan melebihi penawaran. Itu yang berlaku sekarang ini setelah Ben Bernanke (Pengerusi Federation US) mengumumkan tidak akan meningkatkan kadar faedah seperti yang pernah dilakukan pada tahun 1981 dalam usaha membendung kejatuhan nilai US Dolar.  Ben Bernanke berpendapat dengan menaikkan kadar faedah lebih cenderung untuk menggagalkan proses pemulihan ekonomi Amerika Syarikat yang sedang tenat ketika ini. Beliau juga terpaksa menetapkan nilai US Dolar  yang kini semakin murah dalam usaha merangsang aktiviti aktiviti ekonomi yang merupakan tulang belakang dalam meningkatkan semula nilai stok dan komoditi dunia.

Sila lawati link ini untuk keterangan yang  lebih lanjut.

Matawang US Dolar adalah merupakan denominator untuk  apa  jua  komoditi  di dunia termasuklah logam berharga Emas dan Perak kerana berdasarkan kepada  pemerhatian  saya,  sekiranya  nilai matawang US Dolar jatuh, sudah pasti nilai emas akan meningkat. Tapi harus diingat, peningkatan harga emas bukan  penanda  aras  bahawa  emas  tersebut  nilainya  meningkat tetapi disebabkan  nilai  matawang  US  Dolar yang menyusut dan untuk membeli emas memerlukan  lebih  banyak US Dolar. Jadi jangan tertipu dengan mainan ilusi pihak barat  sekiranya  harga  emas jatuh, itu bukan bermakna nilai hakiki emas itu sendiri yang merosot tetapi akibat mainan konsep supply and demand bagi mengaburi kelemahan wang fiat yang semakin tenat hari demi hari.

Jadi jangan terperanjat yer kalau harga emas jatuh selepas berada di kemuncak sejak wujudnya tamadun dunia.

No comments:

Post a Comment