Intro


"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani."
Semoga usaha kerdil-ku ini beroleh kerahmatan dan keredhaan dari-Mu Ya Allah...


Saya tidak berhasrat untuk berbicara bagaimana untuk mencipta kekayaan kerana sesungguhnya rezeki kekayaan itu adalah milik Allah dan kita sebagai insan seharusnya berusaha jika ingin menjadi orang kaya serta bertawakkal dan memohon kepada Allah agar diberikan rezeki kekayaan. Lagipun hangpa semua memang dah terror dah nak membina kekayaan, mengumpul harta, menjana pendapatan pasif dan sebagainya

Namun apa yang ingin saya kongsi di sini adalah bagaimanakah caranya untuk melindungi kekayaan yang telah dibina kerana ia sebenarnya berpotensi hilang dengan sekelip mata. Kita boleh jatuh bankrap jika tersalah percaturan dalam perniagaan, atau tetiba hangpa kene saman malu berjuta juta ringgit dari pihak plaintif, tak pun tetiba kita jatuh sakit dan memerlukan kos perubatan yang tinggi sebab takde insurans, wang fiat yang berkepuk kepuk disimpan kat bank tetiba tak laku pulak akibat kejatuhan ekonomi negara dan dunia dan hyper inflasi terjadi seperti di Zimbabwe.... fuih...seribu satu kemungkinan yang boleh berlaku... 


Ada banyak methodologi dan kaedah untuk melindungi kekayaan namun saya ingin berkongsi satu instrumen yang mampu menjadi pelindung kekayaan kita iaitu Pelaburan Emas dan Perak.

Apa jua coretan saya di sini adalah hasil kajian dan pendapat peribadi saya sendiri semata mata. Jika ada kesilapan informasi, teguran hangpa semua amatlah dialu alukan. Maafkan saya jika penggunaan bahasa ekonomi yang kurang tepat dan terima lah saya seadanya. Saya harap kita dapat sama sama berkongsi idea menerusi blog ini.

Sekian.