Tuesday, December 14, 2010

Benarkah emas akan membuih dan pecah (Bubble) ?

Saya kurang arif sangat tentang aspek emas mengelembung dan pecah namun benarkan saya untuk cuba huraikan istilah “Bubble”  berdasarkan analogi tentang Housing Bubbling seperti yang digembar gemburkan oleh ramai speculator.

Apa yang saya faham, di saat permintaan Real Property tengah hangat di pasaran, harga rumah melonjak naik berdasarkan permintaan semasa yang semakin meningkat, spekulasi dan juga kepercayaan bahawa jangkaan masa depan adalah sempurna berdasarkan apa yang berlaku pada hari ini. Namun speculator yang “jahat” pasti akan mengambil peluang keemasan ini untuk membuat keuntungan jangka pendek dengan aktiviti membeli dan menjual rumah sehinggakan ramai orang buat aktiviti nih sehinggalah tiba pada satu tahap, permintaan jatuh tapi kawasan perumahan yang telah dimajukan berlebihan mengakibatkan harha rumah jatuh merudum. Ini lah saatnya dikatakan “Buih dah meletup wooiii”.

Apakah ini akan terjadi kepada logam2 berharga seperti Emas dan perak ? Melihat kepada sejarah lampau, Emas dan perak tidak menunjukkan langsung tanda tanda kejatuhan harga biar pun permintaan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ini disebabkan emas dan perak ini memiliki kuasa membeli yang terhebat di saat kejatuhan nilai wang fiat seperti Dolar Amerika, sudah pasti para pelabur akan beralih kepada emas dan perak untuk melindungi kekayaan spt aset fizikal mereka. Bodoh lah mereka jika mereka masih simpan lagi wang fiat yang semakin lama nilainya menyusut, betul tak ?

Sudah pasti pelabur boleh tidur nyenyak jika beralih kepada pelaburan Emas dan perak kerana ianya sesuatu yang berharga yang anda boleh simpan dan kuasa membelinya sentiasa tetap dan tidak menyusut sepanjang masa. Berbeza pula dengan keadaan, jika hangpa beli saham yang hanya ditentukan oleh sekeping kertas dan nilainya ditentukan oleh pasaran berdasarkan asas permintaan dan penawaran dan tiada nilai hakiki, korang tidur nyenyak kah ? Dengan sekelip mata, saham boleh jadi rugi dan kemungkinan anda kehilangan semua wang anda…

Fikir fikirkan…

No comments:

Post a Comment