Saturday, December 11, 2010

Corak/Trends Emas di arena dunia

Dunia dan manusia sudah berubah. Dahulukala, terutamanya kaum hawa, jika ada duit lebeh sket pasti beli barang kemas, sekurang kurangnya dapat laa melaram di samping kalau sesak nanti boleh digadaikan. Komoditi Emas hanya dianggap sebagai pelaburan marginal atau sampingan sahaja. Namun kini Emas sudah bertukar peranan menjadi pelaburan aset utama di seluruh pelusuk dunia kerana fungsinya sebagai Pelindungan Kekayaan (Wealth Protection) dan juga Pemeliharaan Dana (Capital Preservation). Tahukah korang bahawa sejak zaman primitif lagi, emas telah dijadikan medium dalam aktiviti jual beli ? Mesti tau kan…hehehehe…Lepas tu, Isaac Newton telah mengusul penggunaan wang kertas berlandaskan nilai emas sehingga lah wang fiat diperkenalkan oleh Presiden USA, Richard M. Nixon yang telah mengambil langkah drastik di mana matawang USA tidak akan disandarkan kepada emas atau apa apa pun. Pelik kan tapi kebanyakkan negara gergasi telah menggunapakai matawang USA menjadikan semua matawang menjadi wang fiat secara total.

Dan sekarang dunia telah merasai akibatnya mencetak wang fiat tanpa bersandarkan emas yang ternyata telah memberi impak terhadap sektor ekonomi serta geopolitik . Kini terdapat usaha usaha untuk kembali semula ke sistem kewangan terdahulu ataupun mengubahsuai sistem kewangan mereka. Lihat sahaja krisis yang telah berlaku di Greece, sebuah negara yang telah bankrap menunjukkan potensi ketidakstabilan ekonomi mungkin berlaku di mana mana sahaja seterusnya mencetuskan fenomena emas di mana semua ingin memiliki emas sebagai perlindungan kewangan bagi menjamin status quo.

Lihat aje sejarah silam tentang kedudukan wang fiat. Semua orang tau bahawa wang fiat mempunyai kitaran hidup dalam lingkungan 70 tahun hingga 80 tahun dan seterusnya mati secara normal dan ianya akan diganti dengan regimen yang baru. Namun Emas berbeza kerana sejak zaman primitif dahulu ataupun sejak hijrah Rasulullah 1432 tahun yang lalu jelas menunjukkan bahawa emas tiada kitaran hidup dan berkekalan sebagai satu matawang yang utuh sepanjang zaman.

Pelaburan Emas dan Perak adalah satu jalan terbaik untuk menjamin kekayaan anda kerana sejak tahun 2000, sehingga kini emas menunjukkan prestasi “uptrend” berbanding dengan nilai stock market yang semakin menyusut pada tempoh masa yang sama.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang, tanya diri anda sendiri, adakah anda rasa perlu untuk melabur sesuatu asset yang mampu memberikan perlindungan terhadap kekayaan di samping mampu memberi pulangan yang lumayan tanpa terjejas dengan faktor kejatuhan matawang ? Ataupun mungkin anda cukup berani menjebakkan diri dalam kancah stock market dan tidak pasti apa yang akan terjadi keesokan hari ? Tepuk dada tanya selera anda kerana ia bukan hanya omong kosong semata mata tetapi fakta di mana pelaburan aset selain Emas dan perak terdedah kepada faktor permainan matawang fiat yang tidak berada di dalam kawalan kita dan kuasa membeli anda juga terhad.

Fikir fikirkan…. Sekian.

No comments:

Post a Comment